Wednesday, August 26, 2009

~Kami&Ramadhan

Assalamualaykum wbt...



hehhehe....sesuaikan dengan mode Ramadhan lagi??....

Alhamdullilah..tahun neh aku bersyukur kerana diberikan kesempatan nak berbuka puasa, bersahur dan bertarawih bersama-sama..hehhe...suspend je kan ayat tuh...bersama-sama 'Mama' ehem..ehem!!


Kesian jgk la...bukan apa lepas arwah meninggal dunia aku yg byk temankan dia. Then lepas je aku keje mmg tak dak peluang lgsg nak berbuka,bersahur sampai terawih pun ellek.....hahhaha...


So Ramadhan kali neh aku tgk dia happy bangat...heheh kami enjoy berbuka sama-sama, then p terawikh sama-sama even kadang2 aku kejan-kejan dia buat 8rakaat je (*_*)
mungkin betol la org kata....kami dua macam anak-beranak ..hahahhaha.....


Bukan apa...kami selalu jgk tak sekepala...aku neh lagi la...mmg kadang-kadang tak boley nak blend ngan pendapat dia. may be jarak kami kot yg agak jauh. kalo dah gaduh-gaduh pun last-last kami baik balik. yg penting aku akan 'sorry and apologies' dlu kat dia..
Yang muda kena la hormati yang tua kan konsepnya!!!..hehehhe....


ok-ok just doakan semoga Allah lindungi dia ngan rahmat berlimpah-ganda....Amin.




Taraaaaaa..... Inilah si Cantek, Mama!!


I lurve you sista!!~

Thursday, August 20, 2009

~Ramadhan muncul lagi

Ya Allah tak sabarnya nak sambut Ramadhan. I'Allah tahun neh aku berazam nak melipat-gandakan lagi amalan terutamanya bab solat tarawikh yang ronggak2 sket pada dua Ramadhan lepas.


Bukan apa..jadual keje yang padat menyebabkan kadang2 terpaksa 'tuang' solat tarawikh.
~(INI MUNGKIN JUGA HANYA ALASAN)

Ingat lagi dua kali aku berpuasa sebagai seorang Journalist. Ya Allah keje memang packed sampaikan berat badan yang memang tak pernah cecah 45kg neh pernah turun menjunam2 sampai jadi 37kg. (Haishhhh giler size kanak2..)


Tiap kali dtgnya Ramadhan perkara paling aku tunggu ialah saat-saat tibanya malam tujuh likur yakni lebeh afdal dekat2 nak raya. hehhe....
Pasai apa tau..selalunya lagi dua,tiga hari nak raya rumah kami di Penang dah meriah yang mana kami adik-beradik dah mula berkumpul. Perkara paling best time berkumpul tuh ada je benda nak diupdate, di gossip termasuk cerita2 lama zaman kami adik-beradik kecik2.. Aduhhh seronoknya!!!!...


Pastuh mlm plak umah kami dah terang dengan cahaya pelita la...lampu lip lap lip lap la...hahah.. yang paling best tuh......tak kira kecil,besar, tua muda... (hishhhh point pada sapa la tuh???!!~)
pakat2 main bunga api ngan mercun. Syioknyer....


Tapi kali neh rasa cam tak best sgt la....( sob.sob.sob) sebab k.Lyn&family tak dapat nak beraya bersama-sama. Tambahan neh la kali pertama keluarga Hj Hasan&Hjh Zaharah nak menyambut Aidilfitri dengan kanak2 Cumell Stirling. So confirm la Abah ngan Mak tangkap syahdu di Aidilfitri teringatkan cucu-cucu comel depa kat perantauan tuh. Hahahah... (BIM BAM sila berlakon 'touching' kay di pagi raya nnti bila call maktok ngan wan *WINK)


Rasanya setakat neh dulula menulis....harap2 doa aku nak penuhkan solat tarawikh pada Ramadhan kali neh termakbul. Amin. Bersambung lagi ye nnti... Chow!

Tuesday, August 18, 2009

~Gossip artis

Tamat sudah teka-teki percintaan ustaz rock, Akhil Hayy dengan penyanyi, Waheeda...








Alhamdullilah...Eventually those two are declared as husband and wife



.. Sebelum neh pasangan tersebut berdolak-dalik kata yang mereka bukan bercinta. Nah....tengok la tak sampai sebulan bercerai dan edah Maizawati (isteri pertama ustaz tu) belom habis lagi, Akhil Hayy+Waheeda dah selamat bernikah..




....Apa-apa pun doakan yang terbaik je la utk mereka....



P/s: Ishhh tak sangka ada entry gussip artist plak!!..hahhaha...

Wednesday, August 12, 2009

~LELAKI KUCING

Lelaki kucing???...owh entry ini tiada kena mengena dengan lelaki kucing yang sebelum ini menjadi buruan polis sebab kes kehilangan Sarlinie. Ala yang ala-ala Farid Kamil tuh.....



Tapi..............



Lelaki kucing yang aku maksudkan...Jeng.jeng.Jeng...



HAHAHHAHAHHArHAR....Harun Salim Bachik.......



Sapa ye???....ok-ok....dia neh kawan 'baru' aku opss...Bukan Teman LELAKI mahupun TEMAN TAPI MESRA. hahhahah....tapi agak close lately...dia yg jgk yg complained mata aku dah ada eye-bag COACH tuh dlm entri sebelom neh...boley la kategorikan dia Gentle (eiii dia perasan sebenarnya) jgk la mamat neh...



Tapi semalam ke'gentleman' dia adussss....TERCALAR.....
Aku rasa dia yang kekonon macho, gentle....tapi sebenarnya "SWEET" dan "kiut-miut"...
ahahahhaha....Lelaki kekonon "GAGAH" tetiba takut kucing???????????????..........





Adeiii memang ler menggelabah...tak masuk akal??...hahahha tapi REALITI babe!.......




p/s: Mulai pada semalam...Gua lebalkan lu SWEET..hahhaha

Monday, August 10, 2009

~Malas kot tajuk dia....



MalasNyer....



Itulah perasaan aku yang sebenar dari semalam sampai pagi tadi...Ishhh kalau la ada ubat MALAS juai kat mana-mana tanpa ragu-ragu aku beli.. (^_@)

Malas sebab aku rasa.............lately ni tidoq aku kerap terganggu..
Kena berjaga sampai pukul2am setiap hari..adeeiiii letihla...

Lagi tak ku suka bila....JENG.JENG.JENG....mata neh dah ada eye-bag yang kadangkala kawan-kawan aku kutuk..."Lu dah ada eye-bag COACH la"...argghhhh SIOT je korang-korang semua!! hahahhhahaha/.....




Caption: Mata yang dah ber"eye-bag" Coach.. tsknya..uwaaa







Rasanya malam ni aku dah boley tido dgn aman...Hope so Babe!!!.......


Bukannya apa,

  1. Aku dah submitted my assignment
  2. Kejap lagi pukul8pm aku ada mid-term exam STATISTIC sampai pukul 10pm
  3. Aku JANJI tamau layan any call or SMS-text from MAMAT sengal tuh lagi

Jadi kuatkan semangat WAHAI Diana Hasan. Sesungguhnya takdak sapa yang dapat halang daripada hang mendapat tidur yang secukupnya. hehhehehe.......


Ok-ok...nak mandi then bersiap-siap untuk ke faculty.....


All the best PIKA (*_*)

Sunday, August 2, 2009

~Konsert Penghargaan Search




Keunggulan nama Search memang tidak mampu dipertikaikan. Merealisasikan Konsert Penghargaan Search...Di Awan Biru dengan tagline "Berbaloi-baloi", beribu-ribu peminat nombor satu lagenda rock itu bagaikan tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama kumpulan tersebut apabila sanggup mengharungi kesesakan trafik dari kedua-dua arah sama ada Kuala Lumpur ke Sri Hartamas atau Sri Hartamas ke Kuala Lumpur.

Biarpun pada mulanya ribuan penonton yang membanjiri Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort yang turut diwar-warkan sebagai konsert terakhir kumpulan itu seakan-akan kecewa berikutan beberapa masalah teknikal antaranya konsert yang sepatutnya bermula jam 9mlm tetapi terlewat lebih 40 minit.

Kegelisahan para penonton yang hadir jelas kelihatan ekoran kumpulan rock nombor satu Malaysia itu tidak muncul-muncul sekaligus terdengar rungutan audiens bahawa 'tag' berbaloi-baloi seakan-akan tidak berbaloi berikutan masalah kelewatan konsert selain sistem audio tiba-tiba berhenti ketika konsert lebih satu jam itu sedang berlangsung.

Namun, pengalaman Search yang dianggotai oleh Amy, Yazid, Hillary Ang, Nasir dan Din selama 28 tahun ternyata berjaya mengaburi ketempangan konsert apabila penonton dilihat terbuai-buai dengan persembahan mereka.

Berbekalkan beberapa lagu popular antaranya Isabella, Fantasia Bulan Madu, Gadisku, Isi atau Kulit, Laila Namamu Teratas serta Pawana nampaknya masih tidak cukup untuk memuaskan hati para peminat lagenda rock itu kerana sedikit kecewa apabila beberapa lagi lagu menyengat seperti Rozana dan Mentari Di ufuk Timur tidak dipersembahkan pada malam itu.

Sebaliknya, penampilan istimewa Kid iaitu bekas ahli Search yang muncul di tengah-tengah persembahan dilihat sangat bertenaga dan rata-rata yang hadir terpukau dengan kehebatan pengusaha Restoran Kopitiam itu.

...............................................................................



Dah letih la ala-ala nak tulis berita Kosmo!. Tapi personally.....aku tetap suka Search walaupun die Hard Fans Search komen ini BUKAN yang terbaik daripada lagenda rock Malaysia tuh...

Huh........rasa tak puas tgk amy (auwwwwwwwwwww bukan pewitttt lagi!!!) mungkin ada lagi di awan biru yang kedua???....tunggu dan lihat......





Caption: Yana, Nina & Rafi

Caption: Keterujaan anak-anak muda menggediks di konsert awan biru. AWAS sila jangan tiru aksi remaja perempuan berpelukan dgn teman lelaki ye :)

Caption: Pose terbaekkkkk



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



~KAMI DI KONSERT PENGHARGAAN SEARCH...DI AWAN BIRU~


Caption: Mirul&Udin masih dalam kawalan :)


Pendek kata....semua enjoy walaupon ada yang kata HAMPEH =p