Sunday, August 2, 2009

~Konsert Penghargaan Search




Keunggulan nama Search memang tidak mampu dipertikaikan. Merealisasikan Konsert Penghargaan Search...Di Awan Biru dengan tagline "Berbaloi-baloi", beribu-ribu peminat nombor satu lagenda rock itu bagaikan tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama kumpulan tersebut apabila sanggup mengharungi kesesakan trafik dari kedua-dua arah sama ada Kuala Lumpur ke Sri Hartamas atau Sri Hartamas ke Kuala Lumpur.

Biarpun pada mulanya ribuan penonton yang membanjiri Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort yang turut diwar-warkan sebagai konsert terakhir kumpulan itu seakan-akan kecewa berikutan beberapa masalah teknikal antaranya konsert yang sepatutnya bermula jam 9mlm tetapi terlewat lebih 40 minit.

Kegelisahan para penonton yang hadir jelas kelihatan ekoran kumpulan rock nombor satu Malaysia itu tidak muncul-muncul sekaligus terdengar rungutan audiens bahawa 'tag' berbaloi-baloi seakan-akan tidak berbaloi berikutan masalah kelewatan konsert selain sistem audio tiba-tiba berhenti ketika konsert lebih satu jam itu sedang berlangsung.

Namun, pengalaman Search yang dianggotai oleh Amy, Yazid, Hillary Ang, Nasir dan Din selama 28 tahun ternyata berjaya mengaburi ketempangan konsert apabila penonton dilihat terbuai-buai dengan persembahan mereka.

Berbekalkan beberapa lagu popular antaranya Isabella, Fantasia Bulan Madu, Gadisku, Isi atau Kulit, Laila Namamu Teratas serta Pawana nampaknya masih tidak cukup untuk memuaskan hati para peminat lagenda rock itu kerana sedikit kecewa apabila beberapa lagi lagu menyengat seperti Rozana dan Mentari Di ufuk Timur tidak dipersembahkan pada malam itu.

Sebaliknya, penampilan istimewa Kid iaitu bekas ahli Search yang muncul di tengah-tengah persembahan dilihat sangat bertenaga dan rata-rata yang hadir terpukau dengan kehebatan pengusaha Restoran Kopitiam itu.

...............................................................................



Dah letih la ala-ala nak tulis berita Kosmo!. Tapi personally.....aku tetap suka Search walaupun die Hard Fans Search komen ini BUKAN yang terbaik daripada lagenda rock Malaysia tuh...

Huh........rasa tak puas tgk amy (auwwwwwwwwwww bukan pewitttt lagi!!!) mungkin ada lagi di awan biru yang kedua???....tunggu dan lihat......





Caption: Yana, Nina & Rafi

Caption: Keterujaan anak-anak muda menggediks di konsert awan biru. AWAS sila jangan tiru aksi remaja perempuan berpelukan dgn teman lelaki ye :)

Caption: Pose terbaekkkkk



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



~KAMI DI KONSERT PENGHARGAAN SEARCH...DI AWAN BIRU~


Caption: Mirul&Udin masih dalam kawalan :)


Pendek kata....semua enjoy walaupon ada yang kata HAMPEH =p

6 comments:

amirulismail said...

dalam khayalan.
gua tau lu typo tu.

Nine said...

alahhh..memang lu orang di luar kawalan pon mlm tuh...tapi nak kasi cantekkk dan tak kantoi pamly gua tulih la lu masih dlm kawalan =p

Alinlai said...

wah konserto ... best tu ;) layannnnnnnn!!!

Nine said...

iye.....
tapi PIKA cuma tau lagu Isabella, Fantasia bulan madu, Pawana dengan Nina Namamu Teratas...ahahahha oppss Laila occay..

imine said...

i think i saw ynt .. nope that's not ynt .. on second look, yup its ynt .. hahaha. phewittttt .. x sangka rockers le lu ynt hehehe.

celebret nak konvo kot eh .. :p

u rock to sis nina ... dah beli h/b coach kat nek rock ngan ynt ke? :)

Nine said...

Hello Mr Melbourne,

:) ya la it's K.Yant. hahha sama2 kami layan Search naseb baik u tiada di Malaya kalo tak...hehehhe...ajak sekali!

Ala update la belog..apa pekembangan?Kembang ke kuncup?hahha..